Ilmu Agama Islam

Sholat Tahajud

ﺑﺴـــــــــﻢ ﭐﻟﻠﻪ ﭐﻟﺮﺣـﻤـﻦ
ﭐﻟﺮﺣـــــــﻴﻢ
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ
Solat Tahajjud adalah solat malam yang
dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya
dibuat secara bersendirian waktu selepas
tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut
dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah
tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat
tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat
mereka.
Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari
bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
ibadat tambahan bagimu; Mudah-
mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu
ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah
solat malam sebab itu adalah kebiasaan
orang solihin sebelum kamu, juga suatu
jalan untuk mendekatkan diri kepada
Tuhanmu, juga sebagai penebus segala
amalan buruk, pencegah dari perbuatan
dosa dan dapat menghalangi penyakit
dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad
r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
1. Sebagai petanda perhambaan kepada
Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan
Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas
nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan
seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam
menghadapi cabaran dan dugaan
hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya,
mengikut kesanggupan dan kemampuan,
dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika
dirasakan berat memadailah sekadar dua
rakaat tetapi dilakukan secara berterusan
setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan
yang disukai oleh Allah, adalah yang
terus menerus (istiqamah) walaupun
sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat
Tahajjud baca doa berikut :
.
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci
Dikau! Daku memohon ampun kepada-
Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon
kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah!
Tambahkanlah padaku ilmu dan
janganlah Dikau pesongkan hatiku
setelah Dikau berikan petunjuk. Dan
berikanlah daku Rahmat-Mu;
Sesungguhnya Dikaulah yang
melimpahkan rahmat! Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkanku dan
kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini
Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat,
kerana Allah Ta’ala.
.
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
Rakaat pertama: Ayat Al-
Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-
Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-
Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-
Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-
Imran,.
(Rasulullah SAW sering
membaca ini pada solat
Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada
sujud kedua dalam rakaat terakhir,
bacalah doa berikut 3 kali:
.
.
5. Selesai salam solat Tahajud,
bacalah doa yang pernah dibaca oleh
Rasulullah SAW ini:
.
.
6. Kemudian sambung baca Doa
Solat Sunat Tahajjud berikut:~
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian.
Dikaulah pendiri langit dan bumi dan
alam semesta serta segala isinya. Bagi-
Mulah segala pujian, Dikau Penguasa
langit dan bumi dan alam semesta serta
segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji,
Pemancar cahaya langit dan bumi dan
alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang
benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar,
firman-Mu adalah benar, perjumpaan
dengan-Mu adalah benar, syurga itu
benar dan neraka adalah benar. Nabi-
nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW
adalah benar dan adanya hari Kiamat itu
benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan
diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-
Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku
kembali, dengan-Mu daku menghadapi
musuh dan kepada-Mu daku berhukum.
Ampunilah dosa kesalahanku yang telah
lalu dan yang terkemudian, baik yang
daku sembunyikan mahupun yang daku
nyatakan, di mana Dikau lebih
mengetahuinya. Dikau yang Maha
Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada
Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku
daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia
dan kebajikan di akhirat dan peliharalah
kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi
Muhammad SAW dan ke atas keluarga
serta para sahabat sekeliannya. Segala
puji hanyalah untuk Allah; Tuhan
Pemelihara seluruh alam.!
.
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
1. Tahajjud adalah solat sunat yang
paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada
Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh
Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan
rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan
godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan
menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam
melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan
menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan
sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan
dijauhi daripada hasad dengki
manusia.
13. Allah SWT memberikan
kemudahan dan rezeki yang
berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi
kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang
lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT
di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang
hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat
dan melintasi Titian Siratal-
Mustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin
melakukan Solat Tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan
maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada
waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
hendak tidur dan berniat untuk bangkit
bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud,
kemudian tidurnya terlajak sampai ke
pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai
satu pahala, manakala tidurnya pula
dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i)

Standard